Isnin, 1 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


URL Sumber Asal :-

Harian Metro: Setempat


Tidur di kaki lima pejabat imigresen

Posted: 31 Jul 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rata-rata pekerja asing yang hadir ke Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara, dekat sini, berputih mata apabila tidak dapat mendaftar menggunakan sistem biometrik walaupun menunggu empat hari di luar pintu masuk pejabat jabatan itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati, ribuan pekerja asing mengerumuni kawasan itu dengan berasak-asak sehingga kadang-kadang berlakunya kekecohan akibat tindakan tolak-menolak dan potong barisan.


Kebanyakan pekerja asing itu dibawa majikan masing-masing dan tidak diketahui puncanya, proses yang sepatutnya selesai dalam tempoh beberapa minit bertukar beberapa hari.

Warga Indonesia, Sittina Kas, 36, berkata dia berulang-alik dari rumah sewanya di Datuk Keramat selama empat hari untuk melakukan proses itu, namun sehingga kini masih gagal.


"Setiap hari saya duduk di luar menunggu giliran nama saya dipanggil, tetapi pegawai masih tidak berbuat demikian.


"Hal itu menyebabkan saya menunggu dari seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam. Lebih mengecewakan, ada di antara kami yang tidak dilayan seadilnya apabila ramai pekerja asing yang baru sampai dengan tiba-tiba boleh berbaris dan tidak lama selepas itu mereka melakukan proses berkenaan," katanya.

Zainol, 30, pula berkata dia dan isterinya tidak berani berganjak dari tempat duduk untuk pergi ke tandas apatah lagi membeli makanan.


"Kami takut kalau-kalau nama dipanggil, tetapi tidak mendengarnya lalu menyebabkan kami terlepas peluang untuk laksanakan proses ini dengan cepat.

"Walaupun pejabat dibuka 24 jam, hal ini tetap berterusan dan tidak tahu mengapa mereka (pegawai bertugas) tidak memanggil nama saya dan isteri," katanya yang turut membawa anaknya yang berumur enam tahun.


Difahamkan, selain menunggu dari jam 1 hingga 3 pagi, kebanyakan pekerja asing tidur di luar pejabat dan kaki lima premis perniagaan bersebelahan semata-mata mahu yang pertama berbaris untuk keesokan harinya.


Walaupun mereka tahu tempoh pendaftaran proses berkenaan dilanjutkan, mereka masih mahu menunggu kerana khuatir berlakunya sebarang pindaan selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penyelia ditipu bomoh tilik nasib diburu along

Posted: 31 Jul 2011 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun bukan saja kerugian RM37,000, malah dia kini diburu along sejak enam bulan lalu gara-gara terpedaya tipu helah seorang lelaki menyamar bomoh tilik nasib hanya kerana mahu mendapatkan nombor ramalan.

Mangsa yang juga penyelia di sebuah kilang mendakwa ghairah untuk menjadi jutawan selepas terpedaya dengan bomoh berasal dari Thailand berusia lewat 40-an itu sehingga dia sanggup meminjam wang daripada along, mencagar barang kemas isterinya selain menggunakan wang simpanannya bagi membayar khidmat lelaki terbabit.


Padahnya, mangsa kini bukan saja kesempitan wang, malah dia dan keluarga diburu along kerana gagal melunaskan hutang pinjamannya RM10,000.

Tidak tahan dengan ancaman along, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih, di sini, Jumaat lalu.


Menurut sumber, mangsa yang berada di rumahnya di Semenyih, dekat Kajang, tertarik untuk menghubungi suspek selepas terbaca kertas iklan dalam peti surat di rumahnya itu, baru-baru ini.


"Sebaik menghubungi 'tok guru' terbabit, suspek mendakwa mangsa akan mendapat tuah selain bakal bergelar jutawan selepas diberikan satu nombor ramalan sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaunnya untuk bayaran perkhidmatan.

"Disebabkan terpengaruh, mangsa memasukkan RM110 ke dalam akaun suspek sebagai deposit. Selepas beberapa kali berjumpa suspek di kawasan rumahnya, mangsa yang terpedaya janji suspek diminta membayar sehingga RM37,000," katanya.


Sumber berkata, mangsa mencagar barang kemas isterinya selain membuat pinjaman along.

"Namun, selepas memberikan wang diminta suspek, mangsa berputih mata apabila lelaki terbabit menghilangkan diri," katanya.


Katanya, sejak enam bulan lalu, keselamatan mangsa dan keluarganya terancam kerana diganggu along kerana dia gagal melunaskan pinjamannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Hafifi Hafiz

Copyright 2010 All Rights Reserved